Tuesday, September 27, 2016

KESIMPULAN


KESIMPULAN


Sebagai seorang anak, ahli masyarakat serta sebagai seorang rakyat. Kita mempunyai tanggungjawab masing-masing. Misalnya, tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluraga, masyarakat serta terhadap negara kita. Sebagai seorang anak, kita perlu selalu taat terhadap ahli keluarga kita seperti kedua-dua ibu bapa kita, adik-beradik dan lain-lain.  Selain itu, sebagai diri sendiri, kita perlu selau bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Misalnya, kita perlu selalu menjaga kebersihan diri sendiri. Di samping itu, kita sebagai sebahagian ahli masyarakat, tanggungjawab kita adalah selalu menyumbangkan semangat kita kepada masyarkat seperti kita boleh selalu active dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat. Akhir sekali, kita juga jangan lupakan tanggungjawab terhadap tanah air kita. Sebagai rakyat, kita perlu sentiasa menjaga imej negara kita walaupun kita tidak berada di negara kita.

No comments: